Jurnal Pendidikan Guru
Education). 1992.
8. 1-15.
MEMPERKEMBANGKAN DAYA PEMIKIRAN PELAJAR
MELALUI MATA PELAJARAN KBSM
John Arul Phillips
PENGENALAN
Kebolehan berfikir dengan
berkesan sangat penting
dalam
dunia yang
kian komplek dan canggih.
Menghadapi cabaran-
cabaran
kehidupan seharian tidak hanya memerlukan pengetahuan
yang cukup
tetapi juga kemahiran mengaplikasi pengetahuan itu
dalam berbagai-bagai
situasi. Modenasasi dan perubahan yang
pesat
mededahkan individu kepada pelbagai pilihan dan opsyen
yang memerlukan kemahiran
dan kepakaran membuat keputusan
dengan berkesan. Kerap-kali individu-individu dikehendaki
membuat keputusan dan
menyelesai masalah mengenai pelbagai
perkara dan
isu. Isu-isu ini mungkin bermula
daripada yang
mudah seperti
memilih jenama sabun hingga membuat keputusan
mengenai masa
depan negara seperti
membuang mengundi.
Kepesatan perkembangan media
membebankan individu dengan
berbagai-bagai maklumat yang
bertujuan
mempengaruhi dan juga mengelirukan. Oleh demikian
memang sukar
membayangkan sesuatu situasi
dimana kemahiran
berfikir
tidak diperlukan.
Dalam masa
50 tahun yang
lampau, ramai ahli-ahli
psikologi
telah menumpukan penyiasatan mereka kepada memahami
bagaimana
manusia berfikir. Satu pertanyaan ialah sama ada
kita boleh menggunakan apa yang diketahui
tentang perjalanan
minda manusia untuk
mempertingkatkan kemahiran berfikir
terutama di sekolah-sekolah. Tidak seorang pendidik
akan
menafikan
bahawa matlamat penting sistem persekolahan ialah
untuk
memperkembangkan daya pemikiran
pelajar. Malangnya,
matlamat ini
tidak diberi perhatian sewajarnya dan kerap-kali
diketepikan
sama sekali.
Pelajar didedahkan kepada fakta sesuatu mata pelajaran
tetapi tidak
diajar berfikir tentang isi yang dipelajari.
Pengajaran terlalu menekankan kepada
penyampaian `fakta' atau
maklumat, iaitu "mengetahui apa"; sambil
mengabaikan cara
menggunakan
atau mencari maklumat sendiri, iaitu
"mengetahui
bagaimana". Mengikut Raths (1971), oleh
kerana pengajaran
pemikiran diabaikan kemahiran
berfikir, pelajar didapati
sangat
bergantung kepada guru dan bertingkahlaku impulsif,
dogmatik dan
malas memberi pendapat.
MENGAPAKAH PENGAJARAN PEMIKIRAN KURANG DITITIKBERATKAN?
Dalam perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) satu aspek penting yang
disarankan tentang pengajaran-
pembelajaran
ialah
para pelajar
tidak hanya menerima
pengetahuan semata-mata
tetapi mereka
seharusnya
dapat menyatakan idea, fikiran
dan pendapat
dengan jelas, objektif,
kreatif, rasional
dalam semua situasi.
Untuk mencapai hasrat
ini. peluang
bagi
meningkatkan
daya intelek perlu diwujudkan
supaya pemikiran yang kritis dan analitis
akan
menjadi salah satu aspek yang penting
dalam tiap-tiap
aktiviti pembelajaran
(Pusat Perkembangan Kurikulum,1989,h.5).
Walau bagaimana pun
pengajaran di sekolah-sekolah masih
kurang
memberi perhatian kepada perkembangan
daya pemikiran
pelajar. Terdapat
beberapa sebab mengapa
pengajaran
pemikiran tidak
ditekankan. Pertama, ialah
pendapat
setengah-setengah guru
bahawa pelajar perlu terlebih dahulu
menguasai
semua fakta dan
konsep sesuatu mata
pelajaran
sebelum mereka
boleh digalakkan berfikir.
Tetapi sesudah
mengajar
semua fakta dan konsep, masa pula tidak
mengizinkan
untuk
menggalakkan mereka berfikir.
Kedua ialah
penekanan peperiksaan yang
mementingkan
pengujian
kebolehan pelajar mengingat kembali
fakta. Secara
tidak langsung ini mempengaruhi
setengah-setengah guru untuk
memberi
banyak fakta dan mengutamakan penghafalan dan
kurang
menggalakkan supaya
pelajar berfikir tentang
fakta yang
dipelajari. Amalan seumpama ini bercanggah dengan salah
satu
prinsip utama
pembelajaran yang menyatakan
"bukan apa yang
disampaiakan kepada
pelajar tetapi apa yang mendorong mereka
melakukan
sesuatu ke atas
maklumat itu yang
menyebabkan
pembelajaran"
(Markle,1977,h:13).
Ketiga ialah pandangan setengah-setengah guru
bahawa
pengajaran
kemahiran berfikir akan mengambil masa yang banyak
serta membebankan
guru. Oleh itu
lebih memadai jika
pengajaran
pemikiran ditumpukan kepada pelajar yang
pintar
sahaja.
Keempat, dan
paling nyata ialah
pengakuan setengah-
setengah guru
bahawa mereka sendiri
tidak tahu cara
mempertingkatkan
daya pemikiran pelajar mereka. Mereka
sudah
biasa
mengajar pelajar untuk menghadapi peperiksaan dan ragu-
ragu apabila
dicadangkan supaya daya
pemikiran pelajar
diperkembangkan. Mereka berpendapat bahawa mengajar pelajar
menguasai maklumat untuk
peperiksaan dan memperkembangkan
daya pemikiran adalah
dua matlamat yang
berlainan dan
bercanggah.
BOLEHKAH KEMAHIRAN BERFIKIR DIAJAR?
Setiap insan tahu berfikir kerana ini
adalah sesuatu
yang dianugerahi Tuhan sejak dilahir. Walau pun sukar untuk
mempengaruhi bagaimana seseorang
itu berfikir, terdapat
bukti-bukti penyelidikan yang mencadangkan bahawa kemahiran
berfikir
boleh dipertingkatkan. Terdapat pelbagai
usaha dan
program yang
diperkenalkan di merata
tempat seperti di
mempertingkatkan daya
pemikiran pelajar. Antaranya ialah,
The Productive Thinking
Program, CoRT, Philosophy
for
Children, The Instrumental Enrichment Program,
Accent on the
Development of Abstract Process of
Thought (ADAPT), Stress on
Analytical Reasoning (SOAR)
dan sebagainya. Setengah-
setengah program ini telah berjaya dengan
cemerlang manakala
yang lain
tidak membawa kesan yang ketara.
Usaha memperkembangkan daya pemikiran pelajar haruslah
berasaskan kepada definisi operasional pemikiran
yang mantap
dan menyeluroh. Malangnya, satu
definisi yang memuaskan
mengenai
konsep pemikiran masih dipertikaikan kerana terdapat
percanggahan pendapat
di kalangan pakar
dalam bidang
berkenaan.
usaha mengisi maklumat
yang tidak ada (iaitu interpolasi);
memberi
maklumat lanjutan berdasarkan
maklumat sedia ada
(iaitu esktrapolasi); dan
menyusun semula maklumat supaya
wujud
tafsiran baru (iaitu mentafsir
semula). Mayer (1977)
melihat pemikiran sebagai
melibatkan pengolahan operasi-
operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau
sistem
kognitif
seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
Menurut Fraenkel (1980)
pemikiran ialah pembentukan
idea, pembentukan
semula pengalaman dan penyusunan maklumat
dalam
bentuk tertentu. Chaffee (1988) pula
menyifatkan
pemikiran sebagai proses
luar biasa yang digunakan dalam
membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.
Menurut De Bono
(1985), pemikiran berlaku apabila
kecerdasan bertindak dengan
pengalaman
bagi mencapai sesuatu.
Nickerson,
Perkins dan
Smith
(1985) melihat pemikiran sebagai suatu
koleksi
kemahiran
atau operasi mental yang digunakan oleh
seseorang.
Takrifan ini
menarik sekali kerana ia mencadangkan bahawa
proses
pemikiran seseorang mungkin lemah atau tidak dilakukan
dengan
berkesan. Dengan perkataan lain, kemahiran berfikir
boleh dipertingkatkan melalui pengajaran
kemahiran-kemahiran
berkenaan. Berdasarkan prinsip ini
dicadangkan program
P.A.D.I. (Peningkatan dan Asuhan Daya Intelek).
DIMENSI-DIMENSI
PROGRAM P.A.D.I.
Program P.A.D.I. adalah hasil daripada
pengubahsuaian
dan penyesuaian beberapa
program pemikiran yang sedia ada.
Program ini berasaskan kepada prinsip
yang menegaskan bahawa
proses pemikiran
melibatkan pengolahan beberapa
operasi
mental atau
kemahiran berfikir. Tujuan utama
program ini
ialah untuk memperkembangkan daya
pemikiran pelajar serta
memberikan mereka
peluang menggunakan atau
mengamalkan
operasi-operasi mental
berkenaan dalam mata pelajaran
yang
dipelajari. Program P.A.D.I. terdiri daripada
tiga dimensi
(lihat Rajah
1).
Dimensi I : MATA
PELAJARAN

Dimensi II: GURU Dimensi III: PELAJAR
Rajah 1: Dimensi-Dimensi Program
P.A.D.I. (Peningkatan
dan
Asuhan Daya Intelek)
Dimensi I
merujuk kepada MATA PELAJARAN yang diajar di
sekolah. Usaha memperkembangkan kemahiran berfikir
dilakukan
melalui mata
pelajaran seperti Bahasa
Melayu, Bahasa
Inggeris, Sejarah, Sains, Geografi, Perdagangan
dan Ekonomi.
Sebenarnya, semua mata pelajaran
boleh disesuaikan untuk
memperkembangkan kemahiran berfikir.
Program ini berpegang
kepada andaian bahawa
kegiatan pemikiran bermula
dengan
menggunakan isi
mata pelajaran. Menggalakkan pelajar
berfikir
merangsangkan mereka berinteraksi dengan fakta
yang
disampaikan. Ini pula
akan memperkukuhkan pembelajaran dan
seterusnya
meningkatkan pencapaian mereka
(lihat Rajah 2).
Dengan perkataan lain, aktiviti-aktiviti kemahiran berfikir
yang
diperkembangkan semasa penguasaan fakta
sesuatu mata
pelajaran secara tidak
langsung akan membantu pencapaian
dalam mata
pelajaran itu.
PEMIKIRAN


PEMBELAJARAN PENCAPAIAN
Rajah 2: Interaksi di antara
pemikiran,
pembelajaran
dan pencapaian.
Dimensi II melibatkan PELAJAR dan merujuk
kepada jenis-
jenis
kemahiran berfikir dan kemahiran belajar
yang ingin
diperkembangkan serta
sikap yang ingin
dilahirkan (lihat
Jadual 1). Kemahiran berfikir dan
kemahiran belajar yang
terpilih ini
merupakan kemahiran-kemahiran yang lebih mudah
ditakrif dan
dioperasikan dalam mata pelajaran
yang diajar.
Senarai kemahiran-kemahiran ini tidaklah
merupakan yang luar
biasa dan
telah pun diselitkan dalam
pengajaran setengah-
setengah guru.
Sekiranya dahulu pengajaran kemahiran
berfikir dan
kemahiran belajar dilakukan
secara tidak
langsung, di
bawah program P.A.D.I. pengajaran
kemahiran-
kemahiran ini
disengajakan dengan perancangan yang teliti.
____________________________________________________________
KEMAHIRAN BERFIKIR KEMAHIRAN BELAJAR
____________________________________________________________
mengelas meringkas dan
mencadangkan
alternatif membuat nota
membina
konsep menggunakan
indeks
mengesan
bias/prejudis menggunakan
daftar
mengesan
kesahan/ kata
/kandungan
kebolehpercayaan menggunakan klu
membuat
inferen konteks
menganalisis
hubung kait menggunakan kamus
membeza
sebab dan kesan mentafsir
maklumat
mengaplikasi grafik
membeza
fakta dan andaian mengenal pasti
menilai struktur teks
membuat
generalisasi
membeza
membanding
membuat
ramalan/meneka
memerihal
memerhati
menguji
hipotesis
____________________________________________________________
Jadual 1: Kemahiran Berfikir dan
Kemahiran
Belajar Terpilih
Kesan daripada perkembangkan
daya pemikiran pelajar
ialah kelahiran sikap-sikap
tertentu di kalangan
pelajar.
Antaranya ialah sikap-sikap seperti;
* sikap
ingin tahu,
* menghormati
pendapat orang lain,
* sedar tentang proses pemikiran sendiri,
* peka
terhadap maklumat yang dibaca dan dengar,
* minda
terbuka dan tidak mudah terpedaya.
Juga ingin dilahirkan ialah sikap mahu bertanya
dan minta
penjelasan apabila timbulnya
kemuskilan atau kekeliruan.
Sepertimana dinyatakan oleh
Halpern, "Thinking is not
a
spectator
sport" (1985,h:21).
Dimensi III
ialah GURU. Guru
merupakan dimensi
terpenting dalam
memperkembangkan daya pemikiran pelajar.
Sebagai langkah permulaan mereka hendaklah menerima
konsep
asas program P.A.D.I.
dan ingin mencuba
idea-idea yang
dicadangkan. Tanpa minat dan keyakinan guru
adalah sukar
untuk menentukan kejayaan
program seumpama ini (Nickerson,
Perkins dan Smith,1985). Guru hendaklah elak merasai bahawa
program ini
akan bebankan mereka
atau berpendapat
perkembangan kemahiran berfikir
dan kemahiran belajar
membuang masa
kerana tidak ada kaitan dengan peperiksaan.
Manakala sebaliknya, menggalakkan pelajar berfikir
tentang
maklumat yang
diperlajari akan memperkukuhkan
pembelajaran
dan
seterusnya membantu mereka mengingat kembali
fakta-fakta
penting.
Seterusnya guru perlu mengetahui dan menghayati jenis-
jenis kemahiran berfikir
dan kemahiran belajar yang ingin
diperkembangkan
(lihat Jadual 1). Kemudian mereka hendaklah
mengetahui cara mengoperasikan
kemahiran-kemahiran itu dalam
bilik
darjah. Tugas mereka ialah untuk
menyusunkan aktiviti-
aktiviti supaya
memberi pelajar peluang
mengamalkan
kemahiran-kemahiran tersebut. Sambil itu
guru mesti sedar
tentang tanggungjawab mereka
mewujudkan suasana yang
menggalakkan
pelajar berfikir dan ingin bertanya.
Bagaimanakah
guru dapat mewujudkan suasana seumpama ini?
Papert (1971)
mencadangkan bahawa cara
berkesan mengajar
pelajar
berfikir ialah dengan mewjudkan suasana yang
membuka
peluang kepada
mereka memberi pendapat dan
menyoal. Iaitu
suasana
dimana idea-idea boleh dibentangkan tanpa dicaci atau
dianggap
tidak menasabah. Cara guru menilai hasil
dan usaha
pelajar akan
mempengaruhi kesanggupan mereka
mencuba lagi.
Costa (1981) telah meninjau beberapa
kajian yang menunjukkan
bahawa guru
yang menerima, membina,
mengintegrasi dan
memperluaskan
idea-idea pelajar dapat
mempertingkatkan daya
pemikiran
mereka.
Adalah penting untuk guru
mewujudkan suasana yang
bebas
daripada tekanan dan
menggalakkan cetusan idea-idea yang
berlainan dan
luar biasa. Elakkan tumpuan hanya
kepada
kepada jawapan yang `betul' sahaja tetapi
melayan semua idea
tidak kira
sama ada tepat atau tidak. Pelajar mesti
minat
berfikir. Ini dilakukan dengan
memberi aktiviti-aktiviti
yang akan
merangsang pelajar berfikir secara
otomatik. Guru
pula mesti
memberi gambaran bahawa
mereka pun sama minat
topik yang
diajar dan ini pula dapat
menjadi contoh atau
model kepada
pelajar. Sepertimana disarankan oleh
Polya,
Apa
yang dinyatakan oleh guru tidak penting,
tetapi apa
yang difikirkan oleh
pelajar
seribu kali
lebih penting. Guru seumpama
bidan
yang ditugas melahirkan idea-idea di
kalangan
pelajar (1965, h:104).
AKTIVITI
PEMIKIRAN
Berikut ini ditunjukkan bagaimana
guru boleh menggunakan
buku teks
untuk menggalakkan pelajar berfikir tentang isi
yang
dipelajari. Contoh ini merupakan petikan
daripada buku
teks Sejarah Tingkatan Dua mengenai `Pemodenan Negeri
Johor'.
Soalan-soalan yang dikemukakan
bertujuan menggalakkan pelajar
berfikir tentang isi
yang dipelajari sambil memperkukuhkan
penguasaan
isi berkenaan.
____________________________________________________________
KANDUNGAN AKTIVITI PEMIKIRAN
____________________________________________________________
Datuk Jaafar dibantu oleh
Abdul Pada pendapat kamu
Rahman Andak
yang bergelar Datuk
bagaimanakah
Seri Amar
Diraja. Beliau adalah `pendidikan British'
pembesar yang
sangat pintar. Beliau Abdul Rahman Andak
telah mendapat pendidikan
Biritsh. membolehkannya
Oleh itu, beliau mempunyai hubungan mengawal hubungan
yang rapat
dengan pegawai British baik dengan British?
dan pedagang
asing di Johor.
(MEMBUAT INFEREN)
Tugasnya yang utama ialah
mengawal
hubungan yang
dijalankan di antara
kerajaan
Johor dengan British ...... Bandingkan
sumbangan
Seorang lagi pembesar yang
pintar Abdul Rahman Andak
dan tegas
ialah Datuk Mohd. Salleh dan Datuk Mohd.
Perang. Beliau yang lebih dikenali Salleh kepada
sebagai Datuk
Bentara Luar telah
pembangunan negeri
memegang beberapa jawatan
penting Johor.
dari tahun 1856
sehingga tahun 1912. (MEMBUAT
BANDINGAN)
Tugas utama
beliau ialah merancang
pembangunan
Johor. Tindakannya yang Bagaimanakah melukis
pertama ialah
melukis sebuah peta peta akan memudahkan
pembangunan
negeri Johor. Peta itu
pembangunan negeri
menunjukkan semua
jalan dan bandar Johor?
yang akan
dimajukan atau pun dibina (MENGHUBUNG KAIT)
diseluroh
negeri Johor.
Petikan daripada Sejarah Tingkatan II
(KBSM),
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989,
halaman: 85
____________________________________________________________
STRATEGI
PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR DAN KEMAHIRAN BELAJAR
Beyer (1979)
menyatakan bahawa kemahiran
berfikir dan
kemahiran
belajar hendaklah dikenal pasti dan
diajar secara
langsung mengikut kaedah yang sistematik. Menurut P.A.D.I.
kemahiran-kemahiran
ini boleh diajar mengikut empat langkah
(lihat Rajah 2). Pada langkah pertama, guru memperkenalkan
sesuatu kemahiran yang
terpilih dan menerangkan
dengan
terperinci ciri-cirinya. Kemudian contoh-contoh diberi yang
menerangkan langkah-langkah serta
peraturan menggunakan
kemahiran
berkenaan dalam pelbagai situasi dan keadaan.
___________________
PENERANGAN OLEH - definisi
GURU ------> - langkah-langah
- contoh-contoh
___________________
___________________
MODELING OLEH ------> - contoh proses
GURU pemikiran
seorang
___________________ pakar
___________________
MODELING OLEH ------> - kesedaran tentang
PELAJAR proses pemikian
___________________ sendiri
___________________
AMALAN OLEH ------> - peluang untuk pelajar
PELAJAR menunjukkan kebolehan
___________________
Rajah 2: Pendekatan
Pengajaran Sesuatu
Kemahiran Program
P.A.D.I.
Langkah kedua, guru
lisan apa yang berlaku dalam mindanya
(`think aloud') semasa
sesuatu kemahiran
digunakan. Ini disifatkan
sebagai
`metakognisi' dimana
seseorang itu peka dan sedar
terhadap
proses
pemikirannya dan boleh memberitahu kepada
orang lain
urutan langkah-langkah yang
digunakan (Flavell,1976;
Brown,1985). Guru diandaiankan seorang
pakar manakala
pelajar dianggap sebagai novis. Melalui `modeling' pelajar
berpeluang
memahami dan menghayati proses
pemikiran seorang
pakar
(Phillips, 1992).
Langkah ketiga ialah apabila pelajar
kemahiran yang
telah dipelajari. Kini giliran
pelajar pula
untuk
menyebut secara lisan dengan
seberapa perinci yang
boleh proses
pemikirannya semasa menggunakan
sesuatu
kemahiran itu
(`think aloud). Pelajar lain
digalakkan
memberi pandangan mereka
tentang bagaimana seorang pelajar
itu menyelesai masalah
pemikiran. Perhatian hendaklah
bertumpu kepada
urutan dan kelengkapan langkah-langkah yang
diambil serta
kesesuaian strategi-strategi yang
digunakan.
Akhir sekali
pelajar diberikan peluang
untuk menunjukkan
kefasihan
mereka menggunakan kemahiran yang telah
dipelajari
dalam
berbagai-berbagai keadaan.
KESIMPULAN
Memperkembangkan daya pemikiran
pelajar bukanlah sesuatu
idea yang
baru tetapi telah menjadi
matlamat penting dalam
kebanyakan
sistem pendidikan sejak awal lagi. Di
negara kita
selaras dengan
falsafah pendidikan negara
usaha
meniningkatkan kemahiran
berfikir pelajar diketengahkan.
Kearah mencapai matlamat
ini dicadangankan P.A.D.I..
Cadangan-cadangan dalam
program ini agak mudah dilaksanakan
kerana ia
tidak bebankan sangat
guru. Malah, mungkin
terdapat guru-guru yang akan mengatakan
pengajaran kemahiran
berfikir
memang sudah menjadi sebahagian pengajaran
seharian
mereka.
Bagi guru-guru lain
pula adalah dicadangkan
bahawa
mereka mengkaji semula
pendekatan cara pengajaran
yang
diamalkan setakat ini dan bagaimana kemahiran
berfikir dapat
dilahirkan. Kejayaan program ini bergantung kepada
keinginan
guru mencuba
idea-idea yang dicadangkan. P.A.D.I.
mencadangkan bahawa
pengajaran kemahiran berfikir bermula
dengan isi
mata pelajaran iaitu isi yang
terkandung dalam
buku teks.
Bagaimana pun guru digalakkan menggunakan bahan-
bahan lain
seperti petikan akhbar dan majalah,
sajak, lirik
lagu, gambar,
pita video dan sebagainya yang
dapat menjadi
bahan rangsangan untuk
memperkembangkan daya pemikiran
pelajar.
RUJUKAN
Study.
Beyer, B.K. (1979).
Inquiry in the Social Studies Classroom,
Second Edition,
Brown, A. (1985). Knowing when, where,
and how to remember: A
problem of
metacognition. In R. Glaser (Ed.), Advances in
Instructional
Psychology.
Associates.
Chaffee, J. (1988).
Thinking Critically,
Mifflin Company.
Costa, A.L. (1981).
Teaching for intelligent behavior.
Educational Leadership, 39:29-32.
De Bono, E. (1985). De Bono's Thinking
Course,
Books.
Flavell, J. (1976). Metacognitive
aspect of problem solving.
In L. Resnick (Ed.). The Nature of
Intelligence, Hillsdale,
NJ:
Fraenkel, J.R. (1980). Helping
Students Think and Value:
Strategies for Teaching the Social
Studies,
Cliffs,
Halpern, D.F. (1985). Thought and Knowledge : An Introduction
to Critical
Thinking,
Associates.
Markle, S.M. (1977). Teaching
conceptual networks, Journal of
Instructional Development, 1:13-17.
Mayer, B. (1983). Thinking, Problem
Solving, Cognition, New
Nickerson, R.S.,
Perkins, D.N. & Smith, E.E. (1985). The
Teaching of
Thinking.
Associates, Publishers.
Papert, S. (1971).
Teaching Children Thinking.
A.I. Laboratory M.I.T.
Phillips, J.A. (1992). Metacognitive
training for helping
poor
readers in the content areas, Jurnal Pembacaan, Jilid
1, Bil.
1:11-17.
Polya, G. (1965). Mathematical
Discovery (Vol.2).
Wiley.