Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel dan menyerap kira-kira 75% oksigen darah dalam tubuh manusia. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak. Perkaran yang menarik perhatian para penyelidik ialah kaitan di antara pemikiran/kognisi dan aktiviti-aktiviti fizikal pada otak.
Sejak awal lagi pengkaji telah cuba menerangkan otak dan kaitanya dengan pelbagai fungsi kognitif, tingkahlaku dan emosi. Antara yang terkenal ialah Franz J. Gall (1758-1828) yang mengutarakan "phrenology" yang berasal daripada perkataan "phrenos" yang bermakna minda dan "logos" yang bermakna kajian. Beliau cuba mengaitkan bahagian-bahagian tertentu otak dengan fungsi-fungsi kognitif tertentu.
Setakat ini diketahui bahawa perubahan-perubahan kimia & elektromagnetik wujud ketika individu berfikir (seperti dalam penyelesaikan masalah). Aktiviti neural dikesan dengan alat perakam yang dipanggil "Electroencephalograph" atau EEG. Pola gelombang otak dikesan melalui elektrod yang dipasang pada kepala seseorang.
Serebrum
Pons
Saraf
Tunjang
Medula
Oblongata
Serebelum
Otak
Tengah
Diensefalon
Bahagian-Bahagian Otak
Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian:
Saraf Tunjang: atau korda spina menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendir otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan)
Medula Oblongata dan Pons: merupakan sambungan atau jambatan anatara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain.
Otak Tengah: terletak antara medula oblongata, pons & serebelum & diensefalon & korteks serebum.
Diensefalon: terdiri daripada >>>>
a) hipotalmus - mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan)
b) talamus - memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa.
Serebelum: terletak di bawah serebrum dan memenuhi bahagian belakang karanium. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organ-organ deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari).
Serebrum: adalah bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera:
- Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan.
- Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan.
Kopus Kasolum menghubungi kedua-kedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.
Pemindahan Maklumat Antara Sel Otak
Maklumat yang datang daripada persekitaran melalui deria-deria dianalisiskan oleh otak untuk tindakan selanjutnya. Komponen utama dalam sistem saraf ialah sel yang dipanggil NEURON. Sel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada lokasi di otak dan fungsi. Secara umum, sesuatu neuron terdiri daripada beberapa bahagian:
Jasad Sel - menganjur daripadanya ialah cabang-cabang halus yang dipanggil Dendrit.
Akson - tiub panjang (berbeza antara beberapa milimeter hingga satu meter) yang menjadi saluran antara jasad sel dengan neuron lain. Akson membolehkan neuron-neuron berkomunikasi di antara satu sama lain. Akson disaluti dengan lapisan lemak yang dipanggil Sarung Mielin.
Butang Terminal - Hujung akson yang dipanggil butang terminal hampir-hampir menyentuh dendrit neuron yang lagi satu.
Sinaps - ruang di antara butang terminal dan dendrit dipanggil sinaps.
Neurotransmitter - Komunikasi antara neuron berlaku apabila butang terminal melepaskan kimia-kimia yang dipanggil neurotransmitter dan hubungan dibuat yang membolehkan impuls saraf yang berunsur elektrikal disalurkan melalui jambatan cantuman kimia.
Impuls sarafselalu bergerak mengikut satu arah melalui neuron. Impuls diterima oleh dendrit, dipindahkan kepada jasad sel dan kemudian dihantar melalui akson kepada dendrit neuron yang lain. Melalui cara ini, maklumat mengalir dan disalurkan ke seluruh sistem saraf; iaitu daripada otak ke bahagian-bahagian lain badan dan sebaliknya.