Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai situasi yang kita perlu selesai. Bagaimana menyelesaikan masalah tidak cukup wang; berat badan yang berlebihan, kerja yang belum selesai. "Masalah" ialah suatu keadaan yang perlu diselesai dan menjadi matlamat penyelesai atau individu berkenaan. Penyelesaian sesuatu masalah melibatkan pelbagai jenis pemikiran atau kognisi seperti menakul, mengkategori, menyusun, mambuat inferen, mewujud analgoi, mengingat kembali dan lain-lain.
Semua masalah mempunyai matlamat tetapi berbeza antara satu sama lain:
1) Mungkin terdapat satumatlamat tetapi daripada tapak permulaan ada 2 cara penyelesaian yang sama berkesan.
2) Mungkin terdapat satumatlamat dan daripada tapak permulaan ada 2 cara penyelesaian tetapi satu cara lebih berkesan.
3) Mungkin terdapat satumatlamat dan beberapa cara penyelesaian tetapi tidak ada satu cara penyelesaian yang meyakinkan.
4) Mungkin terdapat beberapa matlamat yang semuanya tidak jelas dan ini menyebabkan sukar bagi penyelesai untuk bermula.
Understanding problem solving, simple examples. hierarchical nature of problem solving, the problem statement, how to start a problem solution, how to continue a problem solution.
PENYELESAIAN MASALAH
Masalah ialah suatu keadaan yang perlu diselesai. Di antara masalah atau matlamat dan penyelesaiannya ialah suatu ruang kosong ('problem space'). Ruang kosong ini mungkin merupakan kekurangan pengetahuan ('lack of knowledge') atau maklumat yang tidak berstruktur atau pun tiada kebolehan (disebabkan oleh limitasi peribadi atau rintangan persekitaran).
Tidak kira apa jua jenis masalah, semua masalah mempuyai 4 ciri berikut:
1) Semua masalah mempunyai matlamat ('goal')
2) Semua masalah perlu disediakan dengan sumber-sumber yang relevan untuk mencapai penyelesaian. Contohnya: sumber yang paling penting ialah penyelesai itu sendiri, objek atau benda yang relevan.
3) Semua masalah melibatkan operasi atau tindakanyang diambil untuk mencapai penyelesaian. Contohnya: mendapatkan pinjaman untuk membeli sesuatu sekiranya tidak ada modal yang cukup.
4) Semua masalah mempunyai kekangan ('constraints'). Penyelesai tidak harus lakukan sesuatu atau melanggar peraturan untuk mencapai penyelesaian.
Contoh yang Menunjukkan Semua Masalah Mempunyai 4 Ciri:
MATLAMAT: Satu pasukan askar yang terdiri daripada 24 infantri diarah menawan kubu musuh yang terletak atas bukit.
SUMBER: pasukan askar, senjata, peta.
OPERASI: Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan dan menyerang daripada dua sudut melalui hutan rimba dengan tujuan mengelirukan musuh.
KEKANGAN: Jalan raya menuju ke kubu musuh adalah sempit dan mudah untuk menyerang hendap ('ambush') oleh musuh.
STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
a) Algoritma: prosedur langkah demi langkah yang sistematik dan konsisten dan menghasilkan penyelesaian yang sama setiap kali digunakan.
b) Heuristik: jalan pintas yang berkemungkinan tinggi membawa kepada peyelesaian tepat ('rules of thumb'). Ia merupakan butir-butir maklumat lama yang telah membantu penyelesai pada suatu masa dahulu.
c) Submatlamat ('subgoals'): strategi memperincikan sesuatu masalah komplek kepada beberapa submatlamat atau masalah kecil ('sub-problems').
PENGHALANG KEPADA PENYELESAIAN MASALAH
1) Set Minda ('Mind Set'): penyelesai melihat sesuatu masalah dengan cara tertentu sahaja yang kadang kala menghalang cara penyelesaian masalah baru atau berlainan.
2) Ketetapan Fungsian ('Functional Fixedness"): mempunyai idea atau pandangan tentang bagaimana objek-objek patutu digunakan berdasarkan pengalaman lampau yang sukar hendak ubahsuai. Contohnya: fungsi tukul ialah hanya untuk memukul paku.