PENAKULAN INDUKIF DI KALANGAN PELAJAR BERUMUR

                    12 TAHUN DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH

 

                           John Arul Phillips

               [Jurnal Pendidik dan Pendidikan (Educators and Education)

                vol. 12, 1992/93.  47-58] 

 

              ________________________________________________________

              SYNOPSIS:

              Inductive reasoning requires  an  individual  to  reason

              from part to whole or from  particular  to  general.  It

              involves reasoning based on given premises  wherein  the

              conclusion  arrived  at is certain.  This study attempts

              to validate a 48-item  Inductive  Reasoning  Test  (IRT)

              developed   by   the   researcher  and  to  examine  its

              correlation with academic achievement , socio-economic

              status and  gender.  The  inductive  reasoning  problems

              used   in   this   test   are  classifications,   series

              completions and analogies.  The subjects were 177   year

              twelve  children  in  a  primary  school. The   findings

              revealed  that  the  IRT  had  high internal consistency

              reliability.    Subjects   from   high    socio-economic

              background  scored  significantly  higher  in  inductive

              reasoning  then   subjects   from   low   socio-economic

              background.   There   were  no  gender  differences  but

              inductive reasoning  was  closely  related  to  academic

              achievement. 

              ________________________________________________________

 

       

              Pemikiran  melibatkan  pengolahan operasi-operasi mental

         yang  menggerakan  pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru

         ke   arah   pencapaian   matlamat-matlamat   tertentu    atau

         penyelesaian   sesuatu   masalah  (Mayer,1983).   Salah  satu

         operasi mental ini ialah penakulan  yang  disifatkan  sebagai

         usaha mencantumkan unsur-unsur maklumat lama bagi membentukan

         maklumat baru.  Apabila seorang menakul,  dia menggunakan apa

         yang diketahui tentang  sesuatu  pernyataan  bagi  menentukan

         sama  ada  pernyataan lain atau sesuatu kesimpulan itu benar. 

         Sejak awal lagi penakulan dibahagikan oleh  Thurstone  (1938)

         kepada penakulan deduktif dan penakulan deduktif. 

              Penakulan  deduktif  ialah  menakul  berdasarkan sesuatu

         premis atau  pernyataan  dan  kesimpulan  yang  dibuat  dapat

         dipastikan  benar.  Manakala  penakulan induktif juga menakul

         berdasarkan  premis  atau  pernyataan  yang   diberi   tetapi

         kesimpulan   tidak   dapat   dipastikan   benar.   Walau  pun

         pembahagian ini lazim dibuat,  ia dikatakan  tidak  berfaedah

         kerana  kesukaran  membuat  perbezaan  di  antara  dua  jenis

         penakulan ini.

        

         TUJUAN

              Tujuan     kajian    ini    ialah    untuk    menentukan

         kebolehpercayaan Ujian Penakulan Induktif (UPI)  yang  dibina

         oleh  penyelidik  dan  menghubung  kaitkannya dengan beberapa

         variabel latarbelakang subjek seperti pencapaian akademik dan

         taraf sosio-ekonomi.  Khususnya,  penyiasatan  ini  bertujuan

         mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut:

              1. Sejauh   manakah    ketiga-tiga   komponen  penakulan

                 induktif berhubung kait? 

              2. Adakah   menyelesaikan   tugas   penakulan   induktif

                 geometrik  lebih sukar jika dibandingkan dengan tugas

                 penakulan induktif perkataan? 

              3. Adakah  terdapat   perbezaan  penakulan  induktif  di

                 antara lelaki dan perempuan?

              4. Adakah  terdapat   perbezaan  penakulan  induktif  di

                 antara  subjek taraf  sosio-ekonomi  rendah dan taraf

                 sosio-ekonomi tinggi?

              5. Sejauh  manakah   penakulan  indukif  berhubung  kait

                 dengan pencapaian akademik?

 

         TINJAUAN KAJIAN BERKAITAN

              Sejak  awal lagi penakulan merupakan salah satu komponen

         penting dalam apa  jua  teori  kecerdasan.  Teori  kecerdasan

         Spearman  (1927) dan Thurstone (1938) memberi perhatian utama

         kepada kebolehan menakul  yang  dapat  membezakan  di  antara

         individu.  Contohnya,  satu  daripada  tujuh kebolehan mental

         asas yang dikenalpasti oleh Thurstone ialah penakulan. Begitu

         juga   dengan   struktur   intelek   Guilford   (1967)   yang

         mengutarakan   operasi-operasi   penakulan.   Penakulan  juga

         menjadi komponen  penting  dalam  beberapa  ujian  kecerdasan

         terkenal  seperti Miller Analogies Test,  Raven's Progressive

         Matrices dan Cattell's Culture Fair Test. 

              Penakulan  induktif  dikaji  dengan  memberi   perhatian

         kepada  tiga  jenis  tugas  iaitu  klasifikasi,  analogi  dan

         melengkap siri.  Beberapa kajian menunjukkan  bahawa  proses-

         proses  yang  terlibat  dalam penyelesaian tugas analogi juga

         digunakan dalam  penyelesaian  tugas  induktif  lain  seperti

         klasifikasi dan melengkap siri (Greeno, 1978;  Pelligrino dan

         Glaser,1980).  Contohnya, korelasi di antara tugas analogikal

         dan tugas melengkap siri ialah .99,  dan di antara  melengkap

         diri  dengan  klasifikasi ialah .97,  dan di antara melengkap

         siri   dengan   klasifikasi   ialah   .98   (Sternberg    dan

         Gardner,1982).  Penemuan-penemuan  yang  sama  didapati  oleh

         Whitely (1977) di antara analogi  berbahasa  dan  klasifikasi

         berbahasa.  Penemuan  ini  mencadangkan  iaitu  proses-proses

         yang  terlibat  dalam   penyelesaian   tugas-tugas   induktif

         penakulan adalah hampir sama. 

              Merujuk  kepada  tahap  kesukaran tugas-tugas penakulan,

         Sternberg  (1977)  dapati  analogi  perkataan   lebih   sukar

         daripada  analogi  geometrik  atau berbentuk gambarajah.  Ini

         mungkin  kerana   item-item   berbentuk   bahasa   memerlukan

         pengetahuan  tentang kosa kata dan maklumat umum yang berbeza

         mengikut latar belakang  subjek.  Juga  terdapat  bukti-bukti

         yang  menunjukkan perbezaan penakulan induktif mengikut umur. 

         Lunzer (1965)  dapati  kanak-kanak  di  bawah  umur  9  tahun

         menghadapi  kesukaran  menyelesaikan masalah-masalah analogi. 

         Hanya kanak-kanak berumur  11  tahun  ke  atas  yang  berjaya

         menyelesaikan   masalah-masalah  induktif  dengan  memuaskan. 

         Levinson dan Carpenter (1974)  dalam  kajian  mereka  memberi

         kanak-kanak  ujian analogi dan dapati bahawa kanak-kanak pada

         peringkat operasi  konkrit  tidak  berjaya  menjawab  soalan-

         soalan  setanding  dengan  kanak-kanak  pada  peringkat  pra-

         operasi. 

 

         PROSEDUR

         (a) Pembinaan Instumen

              Ujian  Penakulan  Induktif  (UPI)   yang   dibina   oleh

         penyelidik  terdiri daripada 48 item yang mengukur tiga jenis

         penakulan induktif,  iaitu Penakulan  Klasifikasi,  Penakulan

         Melengkap  Siri  dan  Penakulan  Analogikal.  Item-item  bagi

         ketiga-tiga jenis penakulan  ini  dipilih  daripada  pelbagai

         ujian  yang  sedia  ada serta dibina oleh penyelidik sendiri. 

         Bagi setiap jenis penakulan induktif terdapat  16  item  yang

         terdiri  daripada  item-item  berbentuk  bahasa,  numerik dan

         geometrik. 

              Bagi  item-item  klasifikasi  subjek dikehendaki memilih

         satu butir maklumat yang bukan  sebahagian  daripada  sesuatu

         kumpulan  tertentu. 

         Contoh:

            A.  Beras B.  Gandum C.  Ubi Kentang D. Barli E. Ot. 

              Bagi item-item melengkap siri pula, subjek dikehendaki

         mengisi tempat kosong berdasarkan butir maklumat yang akhir. 

         Contoh:

            9, 8, 7, 6, .... A. 4   B. 5   C. 10   D. 3

              Item-item bagi penakulan  analogikal  disampaikan  dalam

         bentuk  `A  bersamaan  B  sepertimana C bersamaan D',  dimana

         butir maklumat yang akhir di  kosongkan.  Subjek  dikehendaki

         mengisi  tempat  kosong  ini dengan memilih daripada beberapa

         opsyen yang berikan. 

         Contoh:

            Jika menulis bersamaan pensel, maka melukis bersamaan ____

              A. berus  B. gambar  C. warna  D. potret

              Semua 48 item dipersembahkan dalam format soalan  aneka-

         pilihan dengan empat pilihan.  Bagi tiap-tiap jenis penakulan

         arahan-arahan diberikan mengenai  apa  yang  perlu  dilakukan

         oleh  subjek  dan  contoh  disediakan.  Ini  dianggap penting

         kerana ketiga-tiga  jenis  penakulan  memerlukan  tugas  yang

         berlainan. 

         (b) Kebolehpercayaan Instrumen

              Ujian  Penakulan  Induktif  diuji  dengan  memberikannya

         kepada  50  murid  berumur 12 tahun.  Semasa kajian perintis,

         setengah-setengah subjek menghadapi kesulitan dengan beberapa

         item.  Contohnya,  beberapa item geometrik  tidak  jelas  dan

         sukar untuk ditafsir.  Sambil itu, bahasa yang digunakan bagi

         beberapa item sukar difahami oleh subjek.  Pengubahsuaian dan

         pembinaan item baru dilakukan bagi item-item yang menimbulkan

         masalah. 

              Dalam penentuan kebolehpercayaan UPI,  kaedah bahagi-dua

         (genap-ganjil)  digunakan  untuk  mengira  korelasi koefisyen

         bagi seluroh ujian dan ketiga-tiga sub  ujian  (Lihat  Jadual

         1).   Anggaran   koefisyen   kebolehpercayaan  paling  tinggi

         terdapat pada sub-ujian melengkap siri  (r=.82)  dan  diikuti

         oleh sub-ujian penakulan analogikal (r=.78) dan paling rendah

         ialah   bagi   sub-ujian   klasifikasi   (r=.68).   Koefisyen

         kebolehpercayaan bagi seluroh  ujian  (UPI)  ialah  .91  yang

         boleh  dianggap sebagai kebolehpercayaan yang agak tinggi dan

         signifikan pada paras p <.001. 

 

 

 

              -----------------------------------------------

                               *Nilai korelasi     Alpha

                                bahagi-dua         Cronbach

              -----------------------------------------------

             

              Klasifikasi           .68             .64

              Melengkap siri        .82             .79

              Analogikal            .79             .81

              ----------------------------------------------

              Ujian Penakulan

                Induktif (UPI)      .91             .90

              ----------------------------------------------

              * Terlaras untuk seluroh ujian menggunakan

                Formula Spearman-Brown

 

              Jadual 1: Koefisyen kebolehpercayaan bagi UPI

                        dan ketiga-tiga sub-ujian

 

 

              Bagi menentukan konsistensi dalaman UPI,  alpha Cronbach

         dikira dan koefisyen-koefisyen .64,  .79 dan  .81  diperolehi

         untuk  sub-ujian  klasifikasi,  sun-ujian  melengkap siri dan

         sub-ujian analogikal.  Alpha Cronbach bagi seluroh UPI  ialah

         .90  yang  boleh dianggap sebagai tahap kebolehpercayaan yang

         tinggi. 

         c) Sampelan dan Pentadbiran

              Sampel  yang  dikaji  terdiri  daripada  177  pelajar di

         sebuah sekolah rendah dan melibatkan  5  kelas  darjah  enam. 

         Guru-guru  yang turut membantu dalam kajian ini diberi arahan

         terperinci  tentang   pentadbiran   ujian   yang   dijalankan

         serentak.  Masa  yang  diperuntukkan  ialah  satu  jam tetapi

         sebilangan besar subjek menghabiskan  ujian  berkenaan  lebih

         awal.  Subjek  diberitahu bahawa segala maklumat adalah sulit

         tetapi  guru-guru  yang  terlibat  sungguh  minat  mengetahui

         pencapaian pelajar mereka. 

 

         PENEMUAN-PENEMUAN KAJIAN

              Prestasi subjek  berdasarkan  Ujian  Penakulan  Induktif

         (UPI)  dianalisis  dan  dipersembahkan  seperti  berikut: 

         1. Kaitan Di Antara Jenis-Jenis Penakulan Induktif

              Skor  min  bagi seluroh sampel ialah 33.73 (skor maximum

         ialah 48.0) atau  70.3%  dengan  sisihan  lazim  8.41.  Lihat

         Jadual 2 yang menunjukkan skor min pencapaian mengikut setiap

         jenis  penakulan.  Skor  min  yang  paling  tinggi ialah bagi

         klasifikasi (M=11.37).  Ini diikuti oleh sub-ujian  melengkap

         siri  (M=11.20)  dan  sub-ujian  analogikal  (M=11.18) tetapi

         perbezaan-perbezaan ini tidak signifikan. 

 

               -----------------------------------------------

                                     Min       Sisihan lazim

               -----------------------------------------------

               Klasifikasi           11.37        2.50

               Melengkap siri        11.20        3.45

               Analogikal            11.18        3.39

               -----------------------------------------------

               Ujian Penakulan       33.73        8.41

                 Induktif (UPI)

               -----------------------------------------------

                 N=177

 

               Jadual 2: Min dan sisihan lazim bagi jenis-

                         jenis penakulan induktif

 

 

              Menurut kaitan di antara jenis-jenis penakulan induktif,

         koefisyen  korelasi  di  antara  klasifikasi dengan melengkap

         siri ialah .67 dan  dengan  penakulan  analogikal  ialah  .61

         (lihat Jadual 3).  Bagaimana pun korelasi di antara penakulan

         analogikal  dengan melengkap siri adalah paling tinggi (.80).

        

 

         

               ------------------------------------------

                             KLAS   SIRI    ANAG    UPI

                   KLAS        -

                   SIRI       .67     -

                   ANAG       .61    .80      -

                   UPI        .82    .93     .91     -

               ------------------------------------------ 

               Nota:

                    KLAS = Klasifikasi

                    SIRI = Melengkap siri

                    ANAG = Penakulan analogikal

                    UPI  = Ujian Induktif Penakulan

 

               Jadual 3: Koefisyen korelasi di antara

                         jenis-jenis penakulan induktif

 

 

 

         Berdasarkan  ini  boleh  di  rumusankan  iaitu  proses-proses

         terlibat  dalam  melengkap  siri  adalah  hampir  sama dengan

         proses-proses yang terlibat  dalam  penyelesaian  tugas-tugas

         penakulan   analogi   berbanding  dengan  klasfikasi.   Juga,

         korelasi antara  UPI  dengan  melengkap  siri  dan  penakulan

         analogikal  ialah  .93  dan  .91.  Bagaimana pun korelasi UPI

         dengan   klasifikasi   lebih   rendah   iaitu   .82    secara

         perbandingan. 

 

         2. Tugas Penakulan Induktif Berbahasa dengan Tugas

            Penakulan Induktif Geometrik

              Data juga dianalisis untuk menentukan perbezaan prestasi

         di  antara  item-item  berbahasa dan item-item geometrik bagi

         setiap jenis  penakulan dan seluroh UPI (lihat Graph 1). Pada

 

 

                                                           Berbahasa

                                               ------      Geometrik

 

             7.00                                      6.58

                                       

        S                6.23           6.31

        k

        o    6.00

        r

                         5.13  

        M                

        i    5.00                       4.87

        n                                              4.59

 

 

             4.00                     

 

                  __________________________________________________

 

                      Klasifikasi    Melengkap     Analogikal

                                       siri

 

                         Komponen-komponen Penakulan Induktif

 

                Graph 1: Skor Min Pestasi Bagi Jenis Item

                         Mengikut Jenis Penakulan Induktif

 

 

         keselurohannya,  prestasi  subjek  bagi  item-item  berbahasa

         (M=18.0) lebih tinggi berbanding dengan  pretasi  bagi  item-

         item  geometrik  (M=15.7).  Bagaimana pun prestasi bagi item-

         item tersebut  berbeza  mengikut  jenis  penakulan.  Prestasi

         item-item  berbahasa  lebih tinggi bagi sub-ujian klasifikasi

         tetapi lebih rendah bagi sub-ujian melengkap  siri  dan  sub-

         ujian analogikal berbanding dengan item-item geometrik. 

 

         3. Perbezaan Penakulan Induktif Mengikut Jantina

              Data dianalisis  untuk  menunjukkan  prestasi  penakulan

         induktif   mengikut   jantina   (lihat   Jadual   4).    Pada

         keselurohannya,  perbezaan min antara lelaki (M=33.83) dengan

         perempuan (M=33.63) tidak signifikan.  Jika dilihat dari segi

 

 

         ____________________________________________________________

                      Klasifikasi  Melengkap  Analogikal  Jumlah

                                      Siri

         LELAKI (n=94)

         Min            11.39        11.29       11.15     33.83

         Sisihan lazim   2.68         3.36        3.56      8.58

         PEREMPUAN (n=83)

         Min            11.34        11.06       11.23     33.63

         Sisihan lazim   2.29         3.57        3.21      8.27

         ___________________________________________________________

 

          Jadual 4: Skor min dan sisihan lazim bagi penakulan

                    induktif mengikut jantina

 

 

         komponen-komponen penakulan,  lelaki mencatat skor min tinggi

         sedikit  bagi  klasifikasi  (M=11.39)  dan   melengkap   siri

         (M=11.29)  berbanding  dengan  perempuan (M=11.29;  M=11.06).  

         Sebaliknya,   perempuan  mencatat  skor  min   lebih   tinggi

         (M=11.23)    daripada   lelaki   (M=11.15)   bagi   penakulan

         analogikal.   Bagaimana  pun  perbezaan-perbezaan  ini  tidak

         signifikan. 

 

         4. Taraf Sosio-Ekonomi dan Penakulan Induktif

              Berdasarkan    perkerjaan   ibu   bapa,    subjek-subjek

         dibahagikan kepada dua peringkat taraf  sosio-ekonomi,  iaitu

         tinggi  dan  rendah.  Mengikut  taraf  sosio-ekonomi,  subjek

         daripada keluarga pendapatan tinggi mendapat min  skor  lebih

         tinggi  (M=37.72)  berbanding dengan subjek daripada keluarga

         pendapatan rendah (M=28.05).  Perbezaan ini adalah signifikan

         pada paras p <.05. 

 

                                            ______  Rendah (n=104)

                                            ------  Tinggi (n=73)

 

 

 


            13.00                     12.73        12.75

        S             12.24

        k

        o   12.00

        r

       

        M   11.00

        i             10.12

        n

            10.00

 

                                                     8.96

             9.00                      8.79

 

 

             8.00

                  __________________________________________________

 

                    Klasifikasi    Melengkap     Analogikal

                                      siri

 

                         Komponen-komponen Penakulan Induktif

 

                Graph 2: Skor Min Perbezaan Prestasi Bagi

                         Komponen-komponen Penakulan Induktif

                         Mengikut Taraf Sosio-Ekonomi

 

 

              Perbezaan yang signifikan ini juga ternyata bagi ketiga-

         tiga  jenis  penakulan iaitu klasifikasi,  melengkap siri dan

         penakulan anakolgikal (lihat Graph 2).  Skor min para  subjek

         daripada  keluarga  sosio-ekonomi  tinggi  ialah  12.24  bagi

         klasifikasi,   12.73  bagi  melengkap  siri  dan  12.74  bagi

         penakulan   analogikal.   Ini   dibandingkan   dengan  subjek

         daripada keluarga pendapatan rendah yang mendapat 10.12  bagi

         klasifikasi, dan hanya 8.79 bagi melengkap siri dan 8.96 bagi

         penakulan analogikal. 

 

         5. Pencapaian Akademik dan Penakulan Induktif

              Pencapaian   akademik  dikira  berdasarkan  markah  yang

         diperolehi untuk Bahasa Melayu,  Bahasa  Inggeris,  Matematik

         dan Alam dan Manusia dalam ujian bulanan yang akhir. Jadual 5

         menunjukkan  korelasi  antara  pencapaian dengan jensis-jenis

         induktif  penakulan.   Korelasi  antara  pencapaian  akademik

         dengan  penakulan  induktif  adalah tinggi iaitu .90.  Dengan

         perkataan lain,  subjek yang mendapat skor tinggi dalam ujian

         penakulan  induktif  juga  merupakan  subjek  yang  mempunyai

         pencapaian akademik yang tinggi. 

 

 

           _______________________________________________________

                             Klasifikasi  Melengkap  Analogikal

                                            siri

           Bahasa Melayu         .65        .72        .74

           Bahasa Inggeris       .72        .78        .83

           Matematik             .65        .80        .73

           Alam & Manusia        .67        .76        .80

           Pencapaian akademik   .74        .84        .84

            (skor komposit)

           _______________________________________________________

 

           Jadual 5: Korelasi antara jenis-jenis penakulan

                     induktif dengan pencapaian akademik

 

 

              Menurut komponen-komponen penakulan  induktif,  korelasi

         antara   pencapaian   akademik   dengan  melengkap  siri  dan

         penakulan analogikal ialah .84  manakala  dengan  klasifikasi

         ialah  .74.  Mengikut  mata  pelajaran,  matematik  mempunyai

         korelasi yang tinggi dengan melengkap siri (.80)  dan  paling

         rendah   dengan   klasifikasi  (.65).   Mata  pelajaran  alam

         pelajaran  mempunyai  korelasi  yang  paling  tinggi   dengan

         penakulan   analogikal   (.80)   dan   paling  rendah  dengan

         klasifikasi (.67).  Begitu  juga  dengan  Bahasa  Melayu  dan

         Bahasa  Inggeris  yang  mencatat  korelasi  yang lebih tinggi

         dengan penakulan analogikal  berbanding  dengan  klasifikasi. 

         Umumnya,  pencapaian akademik berkorelasi lebih tinggi dengan

         sub-ujian analogikal dan sub-ujian melengkap siri  berbanding

         dengan sub-ujian klasifikasi. 

                                            

         KESIMPULAN

              Ujian  Penakulan  Induktif  (UPI)  yang   dibina   boleh

         dianggap  sebagai suatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan

         yang tinggi (.90).  Terdapat  kaitan  yang  rapat  di  antara

         ketiga-tiga  jenis  penakulan yang mencadangkan proses-proses

         hampir sama yang terlibat dalam penyelesaian  masalah-masalah

         induktif.  Dapatan  ini selaras dengan penemuan-penemuan yang

         diperolehi oleh Sternberg dan Gardner,  (1982)  dalam  kaijan

         mereka.  Juga  didapati  bahawa  subjek  menghadapi kesukaran

         manjawab  item-item  geometrik  berbanding  dengan  item-item

         berbahasa.  Dapatan  ini bertentangan dengan kajian Sternberg

         (1977). 

              Penemuan-penemuan   lain   yang  diperolehi  menunjukkan

         bahawa  terdapat  kaitan  yang  rapat  di  antara  pencapaian

         akademik dengan penakulan induktif, terutama dengan sub-ujian

         analogikal  dan  sub-ujian melengkap siri.  Ini pula disokong

         dengan dapatan iaitu kebolehan menakul secara induktif  lebih

         ketara  di  kalangan  pelajar  daripada  keluarga  pendapatan

         tinggi berbanding dengan mereka daripada keluarga  pendapatan

         rendah.  Bagaimana  pun  tidak  terdapat  berbezaan penakulan

         induktif menurut jantina.

 

         RUJUKAN

 

         Greeno, J.G. (1978).  Natures of problem-solving abilities. 

           In W.K.  Estes (Ed.), Handbook of Learning and Cognitive

           Processes (Vol.5), Hillsdale, N.J.: Erlbaum. 

 

         Guilford, J.P. (1967). The Nature of Human Intelligence, New

           York: McGraw-Hill. 

 

         Levinson, P.J. dan Carpenter, R.L. (1974).  An analysis of

           analogical reasoning in children, Child Development,

           45:857-861. 

 

         Lunzer, E.A. (1965).  Problems of formal reasoning in test

           situations, Monographs of the Society for Research in Child

           Development, 30(2, Serial No.100):19-46. 

 

         Mayer, R.E. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition.

           San Francisco: Freeman.

 

         Pellegrino, J.W. dan Glaser, R. (1980).  Components of

           inductive reasoning.  In R.E.  Snow, P.A.  Federico, & W. 

           Montague (Eds.), Aptitude, Learning and Instruction:

           Cognitive Process Analysis (Vol.1), Hillsdale,

           N.J.:Erlbaum. 

 

         Spearman, C. (1927), The Abilities of Man, New York:

           Macmillan. 

 

         Sternberg, R.J. (1977), Component processes in analogical

           reasoning, Psychological Review, 13:616-623. 

 

         Sternberg, R.J & Gardner, M.K. (1982), A componential

           interpretation of the general factor in human intelligence. 

           In H.J. Eysenck (Ed.), A Model of Intelligence, Berlin:

           Springer-Verlag. 

 

         Thurstone, L.L. (1938), Primary Mental Abilities, Chicago:

           University of Chicago Press. 

 

         Whitely, S.E. (1979), Latent trait models in the study of

           intelligence, Intelligence, 4:97-132.